Misteri adindaku yang dikasihi.
Masih ingatkah andindaku selepas kekanda mandi, terus kekanda check dalam almari, nak cari baju T-shirt nipis warna putih tapi nampaknya tiada stok dalam lipatan, Adinda tahu akan kekanda ada 5 helai baju ni, bermakna mungkin berada dalam bakul baju sebelum di basuh, atau mungkin berada dalam mesin basuh, atau mungkin berada dalam bakul baju yang sudah dibasuh belum dijemur, atau mungkin ada di ampaian, atau mungkin ada dalam bakul baju yang baru di angkat.
Lalu adinda yang sedang memasak ditanya kekanda:
“Kat mana baju panas kekanda?”
“Dalam bakul baju bilik depan, adinda belum sempat nak lipat”
Kekandapun pergi bilik depan, ada 2 bakul baju, satu bakul baju orang dewasa, (baju kami laki bini) satu bakul baju anak anak, (ada 5 anak) kekandapun selongkar cari baju panas kekanda dalam bakul baju orang dewasa tapi tak jumpa. Cara cari lihat kain warna putih, tapi bila tarik, bukan baju panas tu.
“mungkin termasuk dalam bakul baju anak-anak”
Bisik kekanda yang mula rasa panas, lantas kekandapun selongkar pulak cari baju panas dalam bakul baju kanak kanak, lagilah tak jumpanya!.
Kekanda yang sudah panas! Lalu jerit:
“Takdepun kekanda cari dalam bakul, atau adinda belum basuh!?”
Terus adinda kecilkan api dapur dan datang dengan gaya larian macam jogging siap dengan gerak perlahan sambil berkata:
“ye kekandaku yang dikasihi, salah adinda buat kekanda cari baju tak jumpa”
“kekanda cari dalam kedua dua bakul tak ada pun, jika tak ada cakap tak ada, tak payah susah susah kekanda nak cari!”
Adinda dengan senyuman yang masih belum berhenti terus seluk tangan dalam bakul baju orang dewasa, keluarkan baju panas sambil berkata:
“ini baju kekanda, adinda sambung memasak ye kanda!”
Alamak? sekali seluk dah jumpa?
Misteri sungguh orang perempuan ni, adinda ada bela jin ke apa?
Woha!